Monday, 1 October 2018

Latihan Pengukuhan Tatabahasa 2018

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 1

Soalan 1(a)

i) Ayah pulang ke rumah setelah seharian bekerja di Pelabuhan Klang.

ii) Jualan di gerai Ahmad mendapat pulangan yang lumayan pada bulan tersebut.

iii) Wani akhirnya memulangkan buku yang dipinjam daripada Fina selepas diingatkan berkali-kali.

iv) Program yang telah dijalankan selama beberapa tahun itu telah mansuh disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran.

v) Pemansuhan akta dalam perlembangan tersebut mendapat tentangan hebat daripada rakyat.

vi) Syarikat itu akhirnya memansuhkan pelan pembinaan tersebut atas faktor keselamatan penduduk setempat.

1(b)

Kumar menyapa Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya. Daniel memberitahu bahawa dia tidak ke mana-mana, hanya ingin mengambil angin. Kumar memuji kehebatan Daniel yang dapat menjawab semua soalan Fizik sebentar tadi. Daniel dengan merendah diri menafikan kehebatannya. Kemudian, Kumar bertanya tentang rahsia Daniel yang semakin bijak untuk dikongsikan dengannya. Daniel memberitahu yang dia selalu membuat ulangkaji dan belajar daripada abangnya.

1(c)

(i)   meletak - meletakkan
       pelanggan
(ii)  akaun - perakaunan
       tersuhur - tersohor
(iii) mendalamkan - mendalami
       berteknoloji - berteknologi

1(d)

(i)   ibu bapa awasi - diawasi ibu bapa
       meluas - menyeluruh
(ii)  merempuh - menempuh
       di - pada
(iii) pemberian - pendermaan
       supaya - untuk

1(e)

(i)   aur dan tebing
(ii)  yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
(iii) bulat air kerana pembentung, bulat air kerana muafakat


Soalan 2

2(a)

(i) Terdapat kesan cakar pada tangan Aina akibat di cakar oleh kucing peliharaannya.
(ii) Kucing itu mencakar anjing yang telah mengejar dan menangkapnya.
(iii) Dua beradik itu bercakaran antara satu sama lain disebabkan salah faham yang berlaku antara mereka.
(iv) Bunyi guruh yang kuat membuatkan Abu takut untuk keluar dan berkurung di dalam tandas.
(v) Kata-kata Cikgu Amir yang berbunyi sindiran itu membuat semua pelajar tergamam dan terdiam.
(vi)  Melodi lagu itu sebunyi dengan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh seorang penyanyi terkenal.

2(b)

Siti bertanya kepada Faiz tentang sebab dia tidak hadir ke latihan zapin yang diadakan semalam. Faiz memberitahu Siti bahawa kakinya sakit semalam akibat terjatuh dari tangga. Siti terus bertanya cara Faiz cara dia jatuh tangga. Faiz menyatakan bahawa dia tidak perasan ada satu anak tangga sewaktu dia sedang menuruni anak tangga rumah datuknya. Siti menyarankan Faiz untuk pergi berurut untuk membetulkan urat sarafnya. Faiz lantas memberitahu bahawa dia akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti.

2(c)

(i)   kriatif - kreatif
       mentakrifkan - ditakrifkan
(ii)  interpersonel - interpersonal
       pembentukan - membentuk
(iii) menghasil - menghasilkan
       goring - goreng

2(d)

sangat penting sekali - sangat penting
kekotoran - keracunan
berkuantiti - berkualiti
bukan - tidak
peralatan-peralatan memasak - peralatan memasak
tarikh habis - tarikh luput

2(e)

(i)   setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
(ii)  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
(iii) orang lain makan nangka, orang lain yang kena getahnya


Jika ada sebarang kesalahan dan pembetulan boleh email terus ke syazana0504@gmail.com.

No comments:

Post a Comment