Laporan International Future Scientist Conference (iFSC) 2018
Pada 24 hingga 26 Julai 2018 iaitu pada hari Selasa hingga Khamis, Pusat PERMATApintar Negara telah menganjurkan satu persidangan iaitu International Future Scientist Conference (iFSC) 2018 yang telah berlangsung di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Persidangan ini telah disertai oleh semua pelajar tahap dua Kolej PERMATApintar Negara, beberapa pasukan dari sekolah dari seluruh Malaysia dan satu pasukan dari Shibata, Jepun.
Persidangan ini adalah bertujuan untuk melahirkan saintis-saintis muda yang mempunyai minat untuk meneroka dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik yang selari dengan tema program ini iaitu "Empowering Young Researchers". Selain itu, persidangan ini juga bertujuan untuk menggilap bakat para peserta dan berharap suatu hari nanti salah seorang daripada mereka akan mendapat anugerah nobel dan menjadi yang pertama di Malaysia.
Pada hari Selasa, 24 Julai 2018, telah berlangsungnya Majlis Pembukaan iFSC 2018. Majlis ini bermula dengan ketibaan dif-dif kehormat antaranya ialah Yang Berbahagia Professor Dato' Ir. Dr Mohd Marzuki bin Mustafa diiringi oleh Professor Datuk Dr. Noriah bt Mohd Ishak. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita. Seterusnya ialah bacaan doa yang diketuai oleh seorang pelajar PERMATApintar, Khair. Majlis dibuka dengan ucapan aluan oleh Pengarah Pusat PERMATApintar, Professor Datuk Dr. Noriah bt Mohd Ishak dan diteruskan dengan ucapan perasmian pembukaan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik, Yang Berbahagia Professor Dato' Ir. Dr Mohd Marzuki bin Mustafa. Persembahan montaj iFSC 2018 ditayangkan sejurus selepas persidangan itu selamat dirasmikan. Para hadirin juga telah disajikan dengan sebuah persembahan daripada pelajar Asas 1, 2 dan 3 Kolej PERMATApintar Negara. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar. Dengan selesainya sesi bergambar, maka berakhirlah majlis pembukaan dan para hadirin bersurai. Peserta iFSC 2018 melakukan persediaan di booth masing-masing.
Pada hari kedua persidangan iaitu Rabu, 25 Julai 2018, tepat jam 9 pagi, pembentangan dan penilaian untuk penyelidikan setiap kumpulan pun bermula. Setiap kumpulan telah membuat persediaan yang rapi untuk pembentangan pada hari tersebut. setelah selesai proses penilaian, para peserta dibenarkan untuk makan dan membuat persiapan diri pada jam 1 tengah hari. Seterusnya, bengkel pertama dimulakan pada jam 2.30 petang dan diakhiri dengan minum petang di dewan makan. Para peserta pulang ke tempat penginapan masing-masing setelah selesai majlis minum petang.
Khamis, 26 Julai 2018 merupakan hari terakhir persidangan ini. Aktiviti dimulakan dengan bengkel kedua yang disampaikan oleh Professor Datuk Dr. Noriah bt Mohd Ishak bertajuk "What is Research?". Setelah selesai bengkel tersebut, maka bermulalah majlis penutupan persidangan tersebut. Para perserta dibenarkan untuk mengambil minum petang dan terus bergerak ke auditorium untuk majlis penutupan. Majlis penutupan dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan iaitu Yang Berbahagia Professor Dr. Mohammad Kassim diiringi oleh Professor Datuk Dr. Noriah bt Mohd Ishak. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Varsiti Kita seterusnya bacaan doa. Majlis diteruskan dengan tayangan video tentang aktiviti sepanjang iFSC 2018 berlangsung. Majlis turut menjemput Professor Dr. Mohammad Kassim, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM untuk menutup persidangan ini. Dengan berakhirnya ucapan beliau, maka berakhirlah International Future Scientist Conference bagi tahun 2018.

Pada keseluruhannya, International Future Scientist Conference 2018 telah dapat dijalankan dengan jayanya hasil paduan tenaga para guru, para peserta, dan semua yang terlibat secara langsung serta tidak langsung. Persidangan ini yang dijalankan selama tiga hari berturut-turut telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti penyelidikan demi mempertingkatkan kemahiran berfikir secara kritis. Semoga International Future Scientist Conference ini dapat dijalankan pada setiap tahun dengan pelbagai pengisian yang lebih menarik dengan lebih banyak penyertaan.
________________________
Nurul Syazana bt Mohd Halim,
Pelajar kelas 4K5,
Kolej PERMATApintar Negara.