Monday, 9 July 2018

Rumusan BM


Latihan Rumusan

   Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya di Malaysia.

   Kebaikan-kebaikan penubuhan badan khas ialah membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma juga dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik. Justeru, pesakit kronik tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media dan semua pesakit kronik akan memperoleh manfaat dan bukan hanya pesakit yang mempunyai kedudukan sahaja. Penubuhan badan ini juga dapat menentukan keperluan bantuan sebenara pesakit dan dapat memastikan wang yang disumbangkan dimanfaatkan sepenuhnya.

   Sebab-sebab penubuhan badan khas ini adalah untuk menyelaraskan sumbangan derma daripada masyarakat, dan dapat mengagihkan wang tersebut dengan adil. Tujuan penubuhannya juga disebabkan kos rawatam terlalu mahal dan masyarakat tidak mampu untuk membiayainya.

   Kesimpulannya, semua pihak harus menyokong penubuhan badan ini agar pesakit kronik akan mendapat pembelaan sewajarnya.

Panduan dan Contoh Jawapan