Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat
tersebut.
1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya
para peserta perlawanan memasak yang
dianjurkan oleh hotel tersebut.
“Apakah menu yang
dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan
oleh hotel tersebut.
2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan
pisang goreng yang dia buat.
Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia masak.
3. Biarpun wajah kedua-dua
pemuda itu agak sempadan, tetapi
perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.
Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
4. Seorang pegawai tinggi
syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan
wang syarikat tersebut.
Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di
mahkamah ke atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.
5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai
pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.
Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka
yang dianjurkan syarikat itu..
6. Beribu ayam
ternakan dimusnahkan oleh kerajaan
Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di
negara itu.
Beribu-ribu ayam
ternakan dihapuskan oleh kerajaan
Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di
negara itu.
7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak
berkuasa.
Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat penempatan sementara sebaik sahaja menerima arahan daripada
pihak berkuasa.
8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat
tersebut begitu mengutamakan kuantiti.
Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut
begitu mengutamakan kualiti.
9. Setelah meneliti semua
syarat-syarat yang ditetapkan di
dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk
menulis surat perjanjian tersebut.
Setelah meneliti syarat-syarat
yang ditetapkan dalam surat
perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat
perjanjian tersebut.
10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam
mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada
bungkusan buku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi
mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi
mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal lain-lain dan seterusnya menangguh mesyuarat tersebut.
12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan
remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
Pada hari ini, masalah pengambilan
dadah dalam kalangan remaja semakin
membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
13. Pada masa kini,
bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara
kita.
Pada masa ini,
bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah rosak akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara
kita.
14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai
akan disenaraihitam supaya menjadi
teladan kepada pekilang yang lain.
Pemilik kilang yang masih berdegil kerana melepaskan sisa toksik ke dalam sungai
akan disenarai hitam supaya menjadi
teladan kepada pekilang yang lain.
15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan
takat keselamatan diri mereka
sendiri.
Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu potong-memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.
16. Ayah sangat gemarkan
makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu.
Ayah sangat menggemari
makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu.
17. Berdasarkan kepada
maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya
ditangkap dan didakwa di muka
perbicaraan.
Berdasarkan daripada
maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya
diberkas dan didakwa di muka
perbicaraan.
18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh
kedua-dua buah kumpulan bola sepak
dari luar negara.
Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua
buah pasukan bola sepak dari luar
negara.
19. Mereka-mereka
yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah
air yang amat terkenal.
Mereka yang hadir
ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan gesekan biola seorang ahli muzik tanah
air yang amat terkenal.
20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai
masih berada pada ibu negara
berkenaan.
Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu segerombolan penjenayah yang dipercayai
masih berada di ibu negara
berkenaan.
21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana
dua butir tayar kereta yang
dipandunya meletup.
Seorang daripada peserta lumba kereta itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana
dua buah tayar kereta yang
dipandunya meletup.
22. Tiap pagi
hari minggu, ibu akan membangunkan
kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
Setiap pagi hari
minggu, ibu akan mengejutkan kami
daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan
kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di
situ.
Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan
kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai ke
situ.
24. Mereka menempuh berbagai
cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan.
Mereka menempuh
pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat
dalam kemalangan.
25. Kami amat terkejut bila
mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
Kami amat terkejut apabila
mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu
ekor rusa telah dipelihara di
kawasan ternakan Pulau Kerdas.
Terdapat beribu-ribu
ekor rusa telah diternak di kawasan
ternakan Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada
borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan pada
borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
28. Ibu menghadiahkan
kakak sebuah telefon tangan kerana
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Ibu menghadiahi
kakak sebuah telefon bimbit kerana
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
29. Setengah
penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila
para pemain gagal memasukkan gol.
Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah
membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan gol.
30. Pegkaji di
hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema
burung daripada meluas kepada orang
ramai.
Pegkaji dari
hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema
burung daripada merebak kepada orang
ramai.
31. Adalah
dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang
tokoh perniagaan yang terkenal.
Dimaklumkan bahawa
peragaan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang
terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan
negara dari masa ke semasa agar
tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah
lagi.
Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan
negara dari semasa ke semasa agar
tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah
lagi.
33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar negara.
Rakyat diseru membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pertukaran
wang ke luar negara.
34. Anggota pasukan
keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.
Pasukan anggota
keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh.
35. Kebanyakan
peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui
jalan yang berbelok-belok sebelum
tiba ke garisan penamat.
Kebanyakan peserta
yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang bengkak-bengkok sebelum tiba ke garisan
penamat.
36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis bahan masakan di ruang
masakan itu.
Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang
masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan
rumah kos bawah yang masih
terbengkalai.
Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepat kerja-kerja pembinaan rumah
kos rendah yang masih terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah
disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan itu adalah
disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama julukan
artis yang terkenal itu adalah Mawi.
Nama jolokan
artis yang terkenal itu ialah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan
jenayah yang dia lakukan, namun
perbuatan jahatnya itu terbungkam
juga.
Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan
jenayah yang dilakukan, namun
perbuatan jahatnya itu terbongkar
juga.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu
memberi pendidikan yang sewajarnya pada
orang ramai.
Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya kepada orang ramai.
42. Tapak sisih
yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
Tepak sirih yang
dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengakui
bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang
dikemukakan.
Pengetua telah mengesahkan
bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar selepas melihat sijil asal yang
dikemukakan.
44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan
beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.
Jabatan Perhilitan akan menjalankan
penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung
di negara kita dalam tempoh satu tahun
setengah.
45. Para budayawan
mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir
dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
Para cendekiawan
mestilah memerah minda untuk sama-sama berfikir
dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
46. Jika sekiranya
surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.
Jika surat itu
hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.
47. Ini kerana
cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat.
Hal ini kerana
cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.
48. Sehubungan itu,
beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan
yang bakal di buat pada minggu
hadapan.
Sehubungan dengan itu,
beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan
yang bakal diumumkan pada minggu
hadapan.
49. Tumpuan kini ialah kearah
mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Tumpuan kini ialah ke
arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari semasa ke semasa hingga mencapai satu
tahap yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha
Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini
untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia
sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan mutu barangan keluaran mereka.
Jika ada sebarang kesilapan, maklumkan terus ke email berikut: syazana0504@gmail.com
Jika ada sebarang kesilapan, maklumkan terus ke email berikut: syazana0504@gmail.com