Sunday, 4 November 2018

Kosa Kata Yang Boleh Digunakan Dalam Penulisan Karangan

Gramatis 1

1. Anani
Maksud : hanya mementingkan diri sendiri

Sifat anani yang diamalkan oleh Pak Ahmad menyebabkan dia tidak disenangi orang kampung.

2. Bintat
Maksud : bengkak kecil pada kulit (biasanya akibat gigitan serangga)

Kaki Abu bintat akibat gigitan nyamuk kerana dia terlupa untuk menutup tingkap sebelum tidur.

3.  Cengil
Maksud : keras dan pedas (berkenaan percakapan), garang

Cikgu Aminah sangat digeruni oleh para pelajar kerana beliau seorang yang tegas dan cengil.

4. Dampit
Maksud : degil, keras kepala

Sikap Amir yang dampit itu menimbulkan kemarahan ibunya yang sudah lama bersabar dengan perangainya.

5. Ekstradisi
Maksud : penyerahan seseorang penjenayah kepada negara tempat jenayah dilakukan untuk dibicarakan.

Penjenayah itu tidak boleh pulang ke Malaysia memandangkan dia berada di negara yang tidak ada perjanjian ekstradisi dengan negara kita.

6. Gasar
Maksud : ganas dan kasar

Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan yang cukup kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi gasar dan biadap.

7. Astaka
Maksud : balai

Arif dan rakan-rakannya menghias astaka dengan pokok-pokok bunga kerana pertandingan pidato akan berlansung pada hari esok.

8. Barang kelakuan
Maksud : segala kelakuan

Alia selalu dipuji oleh Cikgu Murni kerana barang kelakuannya yang baik di sekolah seperti menghormati guru-guru.

9. Canggung
Maksud : kekok, kurang sedap bahasanya,

Maryam berasa canggung sekali ketika bergaul dengan rakan sekelasnya memandangkan dia baru sahaja pindah ke sekolah itu.

10. Demi
Maksud : setelah

Hani memasukkan tepung dan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan doh untuk membuat kuih donat.

11. Gerangan
Maksud : agaknya, barangkali

“Siapakah gerangan yang mengambil dompet yang aku letakkan di sini tadi?”, tanya Hamid kepada rakan-rakannya.

12. Hidup-hidupan
Maksud  : binatang ternakan

Hidup-hidupan yang diternak oleh Pak Yusof seperti kambing, lembu serta ayam dijaga dengan begitu baik dan penuh kasih sayang.



1. Kentara
Maksud : jelas kelihatan

Oleh kerana Sanskrit ialah sebahagian dari Bahasa Indo-Eropah, sangat kentara persamaan nama-nama nombornya dengan nama-nama dalam Bahasa Yunani dan Bahasa Latin.

2. Lancip
Maksud : tirus ke hujung, runcing

Pahat adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengukir yang lancip dan tajam.

3. Majal
Maksud : tidak tajam, benak

Nenek mengasah parang yang sudah majal itu kerana hendak digunakan oleh Atok ke hutan.

4. Nyelap
Maksud : tidak sedarkan diri

Adik nyelap beberapa kali sejak pulang dari kem badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolahnya.

5. Ompong
Maksud : oleh-oleh, buah tangan

Setiap kali ke luar negeri, Ayah pasti akan membawa pulang ompong kepada kami.

6. Palen
Maksud : barang-barang kelontong, barang yang diguna hari-hari

Nenek selalu menyuruh cucunya Ikhwan untuk membeli palen di kedai runcit seberang rumahnya.

7. Jambatan larangan
Maksud : pangkalan raja

Pulau Ayutthaya merupakan satu jambatan larangan yang strategik untuk mengembangkan politik dan ekonomi sesebuah kerajaan.

8.Kabul akan
Maksud : setuju, berkenan

Ketua kampung jiran kabul akan permintaan ketua kampung Durian Runtuh untuk bersatu padu membanteras jenayah yang berlaku di kawasan mereka.

9. Lemas
Maksud : halus, lemah-lembut

Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemas dan sering boleh di arah telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu.

10. Majlis / mejelis
Maksud : elok, cantik
Dua orang pelajar lelaki mengalihkan kostum perarakan tersebut ke tempat yang lebih mejelis.

11. Narwastu
Maksud : akar wangi, bau-bauan harum

Narwastu yang boleh dibau oleh ibu itu datang dari sejambak bunga yang diberikan oleh ayah.

12. Orang keluaran
Maksud : orang yang bukan dari istana, orang kebanyakan

Campur tangan pihak Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang keluaran, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang.


1. Rantam
Maksud : bersama-sama membuat sesuatu pekerjaan

Aziz mengajak rakan-rakannya menyiapkan kerja itu secara rantam

2. Sagur
Maksud : perahu yang diperbuat daripada batang kayu

Atuk dikenali sebagai pereka sagur yang paling tersohor di kampungnya.

3. Takzim
Maksud : amat hormat, penuh hormat dan sopan

Walaupun dia muda, segala perbuatannya penuh takzim.

4. Tetua
Maksud : bintik-bintik hitam pada kulit pipi, jagat

Krim itu dikatakan boleh menghilangkan tetua di muka, jadi ramai wanita berminat dengan krim itu.

5. Ungkal : tidak mahu menurut, degil
Di setiap sekolah mesti ada murid yang ungkal, guru guru harus bersedia menangani murid murid seperti ini

6. Vila
Maksud : rumah besar dan mewah yang terletak di luar kota

Mereka terpegun apabila melihat vila Che Tom yang besar dan luas itu.

7. Alamat
Maksud : tanda

Awan yang gelap alamat nak hujan.

8. Baada subuh
Maksud : selepas subuh

Ibu pesan jangan tidur baada subuh kerana kurang elok.

9. Carang
Maksud : ranting

Baju dia terkoyak kerana tersekat di carang pokok itu.

10. Dalam percintaan
Maksud : dalam kesedihan

Dia berasa seakan-akan sudah hilang hala tuju hidup waktu berada dalam percintaan.

11. Fana
Maksud : tidak kekal

Abang menasihati adiknya meninggalkan teman lelaki dia kerana cinta di sekolah menengah hanya fana semata mata.

12. Geta
Maksud : takhta, kerusi kerajaan

Anak raja itu berharap dia pun boleh memerintah dengan baik apabila dapat duduk di geta itu.


1. Polemik
Maksud: Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara

Polemik penutupan pusat tahfiz masih hangat diperkatakan oleh netizen kerana menimbulkan pandangan skeptikal terhadap institusi kehakiman Negara.

2. Marhaen
Maksud: Rakyat jelata

Rakyat marhaen sedikit sebanyak berasa tertindas dengan kerajaan negeri yang sering menyebelahi golongan kapitalis.

3. Kulawarga
Maksud: Keluarga

Kulawarga yang bermasalah mampu merosakkan jiwa anak-anak.

4. Dasawarsa
Maksud: Dekad

Dasawarsa ini, teknologi semakin menjadi alat kewajiban dalam rutin kehidupan manusia.

5. Ikhtisar
Maksud: Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu

Buku ini memuatkan ikhtisar sejarah Tanah Melayu.

6. Amsal/tamsil
Maksud: Seperti,umpama, misal

Tamsilnya, gejala lumba haram oleh golongan remaja  telah menyebabkan kes kemalangan di jalan raya.

7. Wasilah
Maksud: Ikatan

Usah diputuskan wasilah dengan guru walaupun selepas tamat pengajian nanti.

8. Nirmala
Maksud: Suci

Semua orang di kampung meminta maaf antara satu sama lain pada pagi raya yang nirmala ini.

9. Sakinah
Maksud: Ketenangan

Menerapkan agama dalam kehidupan seharian mampu menjamin sakinah pada jiwa.

10. Sinergi
Maksud: Kerjasama

Dua pasukan itu bersinergi dalam usaha mencipta inovasi terbaik dunia.

11. Uslub/minhaj/manhaj
Maksud: Kaedah, cara

Beliau mencari uslub yang berhikmah untuk berdebat dengan penyebar ajaran sesat itu.

12. Prakarsa
Maksud: Insiatif

Guru-guru telah muncul prakarsa baru iaitu dengan dengan mengadakan kelas intensif buat pelajar yang kurang menyerlah dalam sesuatu mata pelajaran.

13. Aforisme
Maksud: Ungkapan, peribahasa, bidalan

Bersatu teguh, bercerai roboh merupakan satu aforisme yang harus dipraktikkan apabila berhadapan dengan ancaman terhadap negara.

14. Sirna
Maksud: Hilang

Malangnya pada generasi kini, budaya hormat-menghormati di sekolah semakin sirna.

15. Jagatraya
Maksud: Seluruh dunia

Nama Hana kini terkenal di jagatraya sebagai pengusaha syarikat terbesar di dunia.

16. Seantero
Maksud: Seluruh

Malaysia terkenal di seantero dunia sebagai negara yang kaya dengan pelbagai kebudayaan.

17. Obligasi
Maksud: Kewajiban

Ia merupakan satu obligasi bagi seorang anak untuk membalas semula jasa dan budi ibu bapa.

18. Mayapada/marcapada
Maksud: Dunia hari ini

Marcapada, kes pembuangan bayi semakin kerap berlaku di negara ini.

19. Mapan
Maksud: Tidak berubah, sudah diterima umum

Bahasa Melayu yang sudah mapan mampu menjadi bahasa perhubungan di Nusantara.

20. Seyogia
Maksud: Sepatutnya

Kina berpendapat bahawa Aida tidak seyogia berbuat demikian kerana ia menggangu ketenteraman orang lain.

21. Sementelahan
Maksud: Tambahan pula

Sementelahan dengan kerja rumahnya yang banyak, Ida tidak mempunyai masa lapang untuk menyertai rakan-rakannya yang mengajaknya untuk menonton wayang pada hujung minggu.

22. Mauduk
Maksud: Pokok perbincangan

Selepas beberapa jam, perjumpaan tersebut telah lari daripada mauduknya kerana ramai yang sudah tidak mahu membahaskan perkara itu lagi.

23. Padau
Maksud: Layar

Ketika ribut dan hujan, para nelayan memasang padau pada bot mereka.

24. Tegar
Maksud: Tidak dapat dilenturkan, keras

Perokok tegar yang merokok di tempat-tempat awam sering tidak menyedari kesan buruk perbuatan mereka terhadap masyarakat sekeliling.

25. Kongkalikung
Maksud: Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik

Aplikasi dalam ayat : Menteri itu berkongkalikung dengan ahli pasaran gelap untuk menyeludup masuk senjata ke dalam negara.

26. Menyisir
Maksud: Mengemaskan

Aplikasi dalam ayat : Ahmad menyisir rambutnya ke tepi sebelum keluar ke tempat kerja.

27. Mahmudah
Maksud: Terpuji

Aplikasi dalam ayat : Banyak sifat mahmudah yang diamalkan oleh Rasulallah S.A.W. boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian kita.

28. Gemulah
Maksud: Arwah

Aplikasi dalam ayat : Haji Amri yang pernah berkesempatan hidup bersama gemulah terdahulu menceritakan tentang pengalaman beliau.
29. Ceritera
Maksud: Cerita

Aplikasi dalam ayat : Bangsa yang sering terpengaruh dengan ceritera yang ditayangkan di televisyen perlu selalu dinasihat dan dipantau.
30. Intipati
Maksud: Bahagian yang penting

Aplikasi dalam ayat : Inti pati daripada perbincangan itu berjaya disampaikan dan mendapat kesepakatan daripada seluruh ahli mesyuarat.
31. Berijtihad
Maksud: Memberikan tafsiran berdasarkan peraturan tertentu

Aplikasi dalam ayat : Ustaz itu berijtihad menggunakan ayat Al-Quran supaya tidak tersasar dari landasan yang benar.
32. Menghadap
Maksud: Menghala, mengarah

Aplikasi dalam ayat : Seorang hamba menghadap raja untuk membela nasib keluarganya yang ditindas oleh rakyat biasa.

33. Belasungkawa
Maksud: ucapan takziah

Aplikasi dalam ayat: Belasungkawa dikirimkan kepada ahli keluarga itu yang baru sahaja kehilangan bapanya pada Ramadhan yang mulia ini.
34. Kendatipun
Maksud: Meskipun

Aplikasi dalam ayat : Kendatipun usia Ahmad baru 6 tahun, pemikirannya yang sangat matang membolehkan dia ditempatkan di kelas darjah satu.
35. Signifikan
Maksud: Penting

Aplikasi dalam ayat : Mesyuarat yang tiada hala tuju itu tidak signifikan untuk dilakukan ketika keadaan sedang kelam-kabut.

36. Terampil
Maksud: Cekap dalam melaksanakan sesuatu

Aplikasi dalam ayat : Hajar yang sangat terampil dalam kerjanya membolehkan dia pergi jauh dalam dunia kerjayanya.

37. Prognosis
Maksud  : Ramalan, telahan

Kita tidak boleh terus membuat prognosis melalui maklumat yang diberikan di media sosial kerana ianya boleh menjadi berita palsu dan direka-reka.

38. Proklamir
Maksud : Pengisytiharan

Dato’ Wahab memproklamir pembukaan syarikat baru yang ditubuhkan oleh anaknya, Dr. Yaakob.

39. Tragedi
Maksud : Peristiwa yang menyedihkan

Hadirah dikejutkan dengan tragedi yang menyedihkan apabila mengetahui kucingnya dimakan ular sawa yang berkeliaran di kawasan rumahnya.

40. Kulawarga
Maksud : Keluarga

Pada hujung bulan yang lepas, kulawarga Yana berkelah di air terjun berdekatan rumah arwah moyangnya.

41. Jalur Lebar
Maksud : Rangkaian yang mempunyai julat yang besar.

Kemudahan jalur lebar yang dibaiki pada bulan Mei yang lepas telah dihancurkan oleh bencana alam yang berlaku di daerah itu.

42. Nihilisme
Maksud : Fahaman yang menolak nilai

Ramai remaja yang mengamalkan nihilisme tidak mempunyai adab dan nilai yang sopan mahupun berbudi bahasa.

43. Mobiliti
Maksud : Perihal mudah bergerak dan digerakkan

Sekolah itu telah mendapat bantuan yang sangat banyak dari pihak ibubapa dan akan bermobiliti ke arah kecermelangan.

44. Hedonisme
Maksud : Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan.

Remaja yang mengamalkan hedonisme tidak mempunyai jati diri yang elok dan tidak berbudi bahasa dengan orang yang lebih berumur.

45. Francais
Maksud : Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan barangannya.

Pertubuhan yang baru itu membantu peniaga dengan menerangkan konsep francais kepada mereka yang baru bergiat dalam bidang perniagaan.

46. Saf
Maksud : Baris

Ketika solat jemaah di surau, hanya dua saf yang hadir kerana ramai pulang ke rumah pada hari tersebut.

47. Paradigma
Maksud : Model yang jelas tentang sesuatu

Anjakan paradigma yang dilakukan oleh badan pembimbing rakan sebaya itu telah membantu ramai pelajar yang bermasalah.

48. Kodifikasi
Maksud : Kegiatan menyusun maklumat.

Salah satu kelebihan Diana adalah melakukan kodifikasi dengan pantas semasa proses perbincangan dalam kumpulan.

49. Enteng
Maksud : Ringan, mudah

Syazana memandang enteng tentang kes pencurian yang berlaku di sekolahnya.

50. Cakna
Maksud : Ambil berat

Aleeya cakna tentang hal ehwal pelajar semasa ketiadaan cikgu.

51
Maksud : Tuntas : menyeluruh dan lengkap

Karangan yang ditulis oleh Sabrina itu tuntas dengan isi yang padat.

52. Izhar
Maksud : Jelas

Suara Nisa yang izhar dan lantang itu didengari oleh semua pelajar di dalam dewan.

53 : Afdal
Maksud : lebih baik

Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian.

54. Jerayawara
Maksud : pameran, ceramah

Jerayawara buku itu diadakan di perpustakaan negara setiap hari sabtu.

55. Rekayasa
Maksud : penerapan unsur-unsur ilmu.

Sistem pembelajaraan rekayasa di sekolah membantu para pelajar untuk memahami mata pelajaran dengan lebih mendalam.

56. Egosentrik
Maksud : mementingkan keperluan diri.

Sikap egosentrik yang terdapat dalam diri Amin menyebabkan rakan-rakannya kurang mnyenanginya.

57. Adiwangsa
Maksud : bangsa mulia

Generasi muda yang berbakti untuk negara akan menjadi adiwangsa pada masa akan datang.

58. Egalitarianisme
Maksud : fahaman bahawa semua orang sama rata

Egalitarianisme perlu dipegang oleh rakyat Malaysia untuk mengelakkan penindasan dan diskriminasi.

59. Atma
Maksud : Jiwa
Semangat yang ditonjolkan melalui atma setiap peserta dapat dilihat daripada komitmen yang diberikan.

60. Bobrok
Maksud : rosak, binasa

Televisyen di rumah Sabrina sudah bobrok.

61. Pengitlakan
Maksud : membuat rumusan

Sebagai pengitlakan, merokok akan memudaratkan kesihatan kita dan orang sekeliling.

62. Efisien
Maksud : berkesan

Penggunaan masa yang efisien dapat membantu hidup kita menjadi lebih terurus.

63. Gelandangan
Maksud : merempat

Para pelajar dari kelas 4K5 telah terlibat dalam misi bantuan gelandangan di Kuala Lumpur.

64. Muasir (kontemporari, semasa)
Zaman muasir ini, umat Islam perlu mempunyai iman yang kuat untuk mencegah maksiat.

65. Simbiosis
Maksud : perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma

Simbiosis antara kelas Melur dan kelas Orkid begitu baik sekali.

66. Pidana
Maksud : kejahatan

Membunuh, merompak dan mencuri merupakan pidana yang sangat berat.

67. Ningrat
Maksud : orang mulia

Kebanyakan orang Malaysia ialah ningrat kerana bersikap sopan santun dan prihatin.

68. Jembel
Maksud : miskin

Walaupun keluarganya jembel, Ahmad tetap belajar bersungguh-sungguh kerana dia ingin melanjutkan pelajarannya di luar negara.

69. Murba
Maksud : rakyat jelata

Hampir semua murba di United Arab Emirates menganut agama Islam.

70. Proletar
Maksud : kaum yang suka membunuh atau membuat kacau

Masyarakat proletar akan memusnahkan keamanan dan kedaulatan sesebuah negara.